barakallah walakuma wabar0ka ‘alaikuma wajama’a bainakuma fil kheir!~

DOA YANG DIANJURKAN JIKA KITA MENGHADIRI WALIMATULURUS,DIUCAPKAN KEPADA PENGANTIN,SUNNAH NABI S.A.W

(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.)”[3]
Inilah doa buat pengantin yang diajarkan oleh Rasulullah agar pengantin mendapat kebaikan dan kebahagiaan di dunia (generasi demi generasi dan di akhirat lagi diberkati Allah). Kita doakanlah pengantin yang diraikan dengan doa ini.
Justeru, asas perkahwinan yang bagaimanakah yang paling membahagiakan? Hakikatnya, Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati kebahagiaan? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?
· Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
· Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, 
maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
· Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, 
pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
· Jika asas perkahwinan kerana anak, 
maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
· Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, 
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
· Jika asas perkahwinan kerana cinta, 
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
· Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, 
sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.
Read More ...

0 ulasan

salam semuo....hari nie den cakap loghat negeri 9,walaupun den nie bukan lah N9 jati,hahahaha.....cumo arini den nak cerito tontang tontang life den sebagai karkun bujang yang bertapo duk buat 5amal masjid kat felda palong nie


kek palong memang ramai orang mudo,tapi beso la berapo korek yo la yang datang mesojid,masjid bosar tapi yang datang tuo-tuo yo,dah pangkat2 atuk kato orang tu,bak kato pepatah RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI......hahahha tu la de pepatah orang2 tuo
tapi ado jugak la berapa pepatah orang tuo2 dulu yang dah tak sesuai kito guno an dizaman siber yang serba moden nie.....antaro eh ORANG TAMAK SELALU RUGI,patut eh dah tukar ORANG TAMAK SELALU UNTUNG,penjelasan eh cubo la kita renungkan kalau kito dapek projek dari gomen lagi banyak kito sapu lagi copek kayo kito...hahhahaa
kok diambik eh kek orang melopong kito jang,

balik pado cerito asal den tadi..memang mujahadah boto buek usaho agamo di akhir zaman nie,yola macam-macam cabaran eh,patut la ummat akhir zaman nie bosa ganjaran eh amal sunnah NABI S.A.W 
memang besar cabarah nya di zaman fitnah nie,walaupon den nie dah dikategorikan sebagai KARKUN 4BULAN IPB kiro eh karkun yang HARDCORE  dalam buek usaho agamo nie,makno eh den nie karkun yang sempurno nisab bulanan dan tahunan serta tak putus hubungan dengan markaz

den mohon boto-boto dengan ALLAH,moga allah terus kekalkan den dan kawan2 den dalam meneruskan usaha agamo nie,dan tabah kan hati den macam sahabat2 RA dalam menjalankan setiap inci perintah ALLAH,dan ALLAH syahidkan den dalam usaho agamo nie.....aminnnnn

INSYAALLAH keluaran akan datang den cerito an plak tentang karkuzari usaha di negeri sembilan dan juga pengalaman khuruj di bumi india...wasssalam
Read More ...

0 ulasan